Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Suasana kedai makan Santai Si Jiak yang berhadapan dengan Pantai Bungai
Pemilik kedai makan Santai Si Jiak, En. Hj. Abdul Gani Bin Kamit
Berdekatan dengan Pantai Bungai Bekenu, terdapat kedai makanan yang menarik serta sesuai untuk seisi keluarga. Salah satu tempat makanan yang menarik di Pantai Bungai ialah Santai Si Jiak. Selain makanan dan minuman biasa, mereka juga ada menjual ais kacang, ABC (Air Batu Campur).
Kedai Santai Si Jiak ini adalah kepunyaan individu iaitu bernama Encik Hj.Abdul Gani Bin Kamit. Kedai makan ini telah dibuka pada penghujung tahun 2014 bulan Disember. Suasana gerai dan pondok-pondok gerai mereka terletak ditepi laut dikelilingi pokok-pokok ru, benting pasir sungai dan menghadap ke laut.
Selain tempat makan, En. Hj Abdul Gani juga ada menyediakan tempat tinggal bercorak Semi-D dan sebuah rumah sewa panjang yang diberi nama "JATI DIRI FARMSTAY".
rumah sewa panjang yang dimiliki oleh En. Hj. Abd. Gani Bin Kamit
tempat tinggal bercorak Semi-D yang dimiliki oleh En. Hj. Abd Gani Bin Kamit
Pakej pelancongan seperti banana boat dan ATV turut disediakan oleh En. Hj. Abd Gani Bin Kamit