Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Pantai Bungai, Bekenu
Homestay yang terletak di Pantai Bungai, Bekenu
Jarak Bandaraya Miri ke Pantai Bungai sekitar 46-50 km yang terletak dalam daerah Subis. Ianya mengambil masa selama 40 minit hingga 50 minit untuk sampai ke Pantai Bungai. Kawasan kampung (Kpg Bungai) di Pantai Bungai majoritinya didiami oleh kaum Kedayan dan beragama Islam. Kebanyakan penduduk di Kpg Bungai bekerja sebagai petani, nelayan dan ada juga yang bekerja di sektor swasta maupun sektor awam.
Pantai Bungai menghadap Laut China Selatan dan suasana untuk melihat matahari terbenam amat sesuai untuk kita beriadah. Tempat penginapan memang tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak chalet-chalet dan homestay yang murah terdapat di Pantai Bungai. Pada hujung minggu,ramai pengunjung,pelancong dari luar datang bersantai di Pantai Bungai.
Air mata biru di Pantai Tusan, Bekenu
Pantai Tusan, Bekenu
Gambar batu yang menyerupai seekor kuda yang sedang minum air masin Pantai Tusan, Bekenu
Selepas fenomena alam semula jadi dinamakan air mata biru tersebar luas di laman sosial, Pantai Tusan di Bekenu menjadi tumpuan orang ramai dan popular dalam sekelip mata. Gara-gara fenomena tersebut dilihat buat pertama kalinya melalui lensa kamera kemudian dimuat naik oleh pemiliknya, Albert Song yang juga seorang jurugambar tempatan di sebuah laman sosial, penduduk di sini sanggup memandu kira-kira setengah jam perjalanan ke Pantai Tusan terutama pada waktu malam di mana fenomena tersebut dapat dilihat dengan jelas..