Program Kesedaran Dan Latihan Kebakaran PI Zon Miri
29 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2016 (Ahad) yang lepas, PI Zon Miri(Bekenu,Niah,Kg Luak) telah mengadakan program kesedaran dan latihan kebakaran yang bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Bengkel ini bertempat di Pusat Internet Niah. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti tentang bahayanya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran. Seramai 50 komuniti setempat datang untuk ikut serta dalam program tersebut.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
1. Pengenalan program
2. Taklimat kesedaran kebakaran
3. Demonstrasi latihan kebakaran
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
- Pengenalan Program
Pengenalan ini disampaikan oleh staff PI sendiri.
- Taklimat Kesedaran kebakaran
Taklimat ini disampaikan oleh pegawai bomba dari Jabatan Bomba Miri.
- Demonstrasi Latihan Kebakaran
Demonstrasi yang dilakukan oleh pegawai bomba mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Ramai yang ingin mencuba untuk memadam api yang telah dinyalakan termasuk staff PI sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: