Kelas Latihan ICT Kategori 1 (18 tahun ke bawah) dan KDB
6 Julai 2015 | Aktiviti TerkiniPada 5 Julai 2015 (Ahad), PI Bekenu telah mengadakan kelas latihan ICT (Intel Learn Easy Step) Kategori 1 iaitu peserta yang berumur 18 tahun ke bawah. Kelas latihan ICT ini diadakan di PI Bekenu dari pukul 10.00 pagi sehingga 4.30 petang. Tujuan utama kelas latihan ICT ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet. Seramai 4 peserta telah mengikuti kelas latihan ICT ini.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
- Modul 1: Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi
- Modul 2: Memperkenalkan Internet dan E-mel
- Modul 3: Pengenalan Pemprosesan Kata
- Modul 4: Pengenalan Lembaran Elektronik
- Modul 5: Pengenalan Multimedia
- Word Search KDB
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
Modul 1: Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi
Di dalam modul ini, peserta didedahkan mengenai komputer dan sistem operasi di mana latihan dan pengalaman secara langsung diberi kepada peserta untuk menjelajah dan menemui aplikasi komputer asas.
Modul 2: Memperkenalkan Internet dan E-mel
Peserta mempelajari cara menggunakan Internet dengan berkesan untuk mencari maklumat dan komunikasi. Selain itu juga, peserta mempelajari cara mencipta akaun E-mel, menghantar dan membalas E-mel di dalam modul ini.
Modul 3: Pengenalan Pemprosesan Kata
Dalam modul ini, peserta telah menerokai pemprosesan kata dengan mencipta dokumen yang berguna untuk kegunaan harian. Pelbagai latihan dan aktiviti pemprosesan kata telah dibuat seperti membuat resume untuk mencari pekerjaan.
Modul 4: Pengenalan Lembaran Elektronik
Modul 4 ini memberi pengenalan kepada peserta mengenai kegunaan lembaran elektronik atau lembaran kerja untuk merekod pelbagai data termasuk alamat, data kewangan perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan, dan lain-lain.
Modul 5: Pengenalan Multimedia
Di dalam modul ini, peserta telah didedahkan mengenai perisian multimedia yang boleh digunakan untuk menyalur maklumat tentang acara dan aktiviti kepada orang ramai dengan cekap dan berkesan. Pembentangan multimedia turut diadakan untuk melatih peserta bercakap di depan orang ramai.
Word Search KDB
Aktiviti word search KDB turut diselitkan di dalam Kelas Latihan ICT ini untuk mendedahkan peserta etika penggunaan internet secara positif. Peserta yang terpantas menyelesaikan aktiviti ini telah mendapat baucer melayari internet selama satu jam di PI Bekenu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: