Hari Bersama Komuniti : Hari Terbuka PI Bekenu
11 April 2016 | Aktiviti TerkiniHari Bersama Komuniti sempena Hari Terbuka PI Bekenu telahpun berlangsung pada 10 April 2016 yang lalu yang mana bertujuan untuk mempromosikan PI Bekenu kepada masyarakat setempat serta memperkenalkan fungsi dan peranan PI dalam komuniti. Dengan adanya latihan-latihan dan kemudahan-kemudahan yang yang disediakan oleh PI, komuniti setempat dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan PI untuk membangunkan sosioekonomi setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Rosey Binti Hj Yunus merangkap Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga. Terdapat juga beberapa buah agensi kerajaan dan swasta turut serta membuat pameran. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah pertandingan masakan rendang,anyaman bakul, gubahan kuih tradisional, poco-poco, eplorace KDB, cabutan bertuah dan macam-macam lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: