Hari Terbuka PI Bekenu
9 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 8 Ogos 2015 (Sabtu) yang lepas, PI Bekenu telah mengadakan Hari Terbuka bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga 2.00 petang yang bertempat di Dewan Masyarakat Bekenu dan PI Bekenu. Tujuan utama Hari Terbuka PI Bekenu ini adalah untuk memperkenalkan PI Bekenu kepada masyarakat setempat di samping mengeratkan silaturrahim antara staf dengan ahli berdaftar PI Bekenu dan komuniti setempat. Seramai 70 orang komuniti setempat termasuk ahli PI Bekenu telah hadir untuk memeriahkan Hari Terbuka PI Bekenu.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Senamrobik/Zumba Dance
- Pendaftaran ahli secara percuma
- Tayangan video KDB
- Sukaneka
- Cabutan bertuah
- Juadah Hari Raya Aidilfitri
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
- Senamrobik/Zumba Dance
Senamrobik atau lebih dikenali sebagai Zumba Dance telah diadakan sempena Hari Terbuka PI Bekenu yang dikendalikan oleh pasukan Zumba Kpg. Danau, Bekenu dari pukul 7.30 pagi sehingga 9.30 pagi di Dewan Masyarakat Bekenu.
- Pendaftaran ahli secara percuma
Pendaftaran ahli secara percuma telah dibuka selama satu jam sahaja bermula 9.30pagi sehingga 10.30pagi di PI Bekenu. Seramai 35 orang komuniti setempat tidak melepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli PI Bekenu secara percuma.
- Tayangan Video KDB
Tayangan Video KDB telah ditayangkan di TV sepanjang program Hari Terbuka PI Bekenu. Tayangan video KDB ini dilaksanakan untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai etika penggunaan internet secara positif.
- Sukaneka
Terdapat beberapa aktiviti sukaneka yang telah diadakan sepanjang Hari Terbuka PI Bekenu seperti Explorace ICT, Telefon Rosak dan Kerusi Berirama.
- Cabutan bertuah
Lima orang komuniti setempat yang sangat bertuah telah mendapat cabutan bertuah dan menerima hadiah yang sangat menarik.
- Juadah Hari Raya Aidilfitri
Juadah Hari Raya Aidilfitri turut disediakan oleh PI Bekenu sempena bulan syawal yang mulia. Tetamu yang hadir memeriahkan Hari Terbuka sangat berpuas hati dengan juadah yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: