Festival Jom Kamboh! Bersama PI Zon Miri
14 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2015 (Ahad) yang lepas, PI Zon Miri(Bekenu,Niah,Kg Luak) telah mengadakan Festival Jom Kamboh! Bersama PI Zon Miri bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga 5.00 petang yang bertempat di Dewan Masyarakat
Bekenu dan PI Bekenu. Tujuan utama program ini adalah untuk Mendedahkan penggunaan teknologi yang semakin pesat membangun dan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Zon Miri kepada komuniti setempat.Seramai 300 orang
komuniti setempat termasuk ahli PI telah hadir untuk memeriahkan program tersebut.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
1.Pameran dari agensi-agensi tempatan
2.Pendaftaran ahli secara percuma
3.Pertandingan Andaman, Anyaman, Gubahan dan Merekacipta
4.Ketibaan VIP
5.Cabutan bertuah
6.Pertandingan zumba
7.Penyampaian hadiah
Berikut antara perlaksanaan aktiviti:
- Pameran dari agensi-agensi tempatan
Pameran dari agensi-agensi tempatan telah diadakan sempena Festival Jom Kamboh! Bersama PI Zon Miri.Pameran bermula dari jam 8.00 pagi sampai 1.00 tengahari.
- Pendaftaran ahli secara percuma
Pendaftaran ahli secara percuma telah dibuka selama satu jam sahaja bermula 9.30pagi sehingga 10.30pagi di PI Bekenu. Seramai 35 orang komuniti setempat tidak melepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli PI Bekenu secara
percuma.
- Pertandingan Andaman, Anyaman, Gubahan dan Merekacipta
Pertandingan Andaman,anyaman,gubahan dan merekacipta telah diadakan sempena program tersebut.Beberapa penyertaan daripad org awam dalam pertandingan tersebut.
- Ketibaan VIP
Tetamu kehaormat yang telah di jemput ialah YB Puan Rosey Binti Hj Yunus (Menteri Muda Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Sarawak Merangkap Adun N.61 Bekenu). Tetamu kehormat tiba pada jam 10.30 pagi
- Pertandingan zumba
Terdapat beberapa penyertaan daripada penduduk setempat dalam pertandingan ini. Pertandingan ini diadakan pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang.
- Penyampaian hadiah
Penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh tetamu-tetamu kehormat yang telah di jemput. Penyampaian hadiah ini berlangsung pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: