Taklimat Advokasi: Terlebih Kongsi Maklumat atau Oversharing
14 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Februari 2022 (Ahad), PEDi Bekenu telah membuat video taklimat advokasi berkaitan dengan oversharing. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai etika penggunaan internet secara positif di samping dapat memberi pendedahan risiko jika terlebih kongsi maklumat di internet. Video taklimat ini telah dimuat naik di laman Facebook PEDi Bekenu dengan durasi video selama 1 minit 52 saat. Perkongsian video taklimat advokasi ini diharapkan dapat memberi manfaat dan mencegah komuniti setempat daripada berkongsi maklumat secara berlebihan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: