Taklimat Advokasi: Penipuan Kewangan
12 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Julai 2022 (Isnin), PEDi Bekenu telah membuat video taklimat advokasi berkaitan penipuan kewangan. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai etika penggunaan internet secara positif di samping dapat memberi kesedaran mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan. Video taklimat ini telah dimuat naik di laman Facebook PEDi Bekenu dengan durasi video selama 1 minit 19 saat. Perkongsian video taklimat advokasi ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: