Taklimat Advokasi: Oversharing
8 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 7 November 2022 (Isnin), PEDi Bekenu telah membuat video taklimat advokasi berkaitan dengan oversharing. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai risiko jika terlebih kongsi maklumat di internet dan cara-cara untuk menangani sikap overshare ini. Video taklimat ini telah dimuat naik di laman Facebook PEDi Bekenu dengan durasi video selama 2 minit 17 saat.
Perkongsian video taklimat advokasi ini diharapkan dapat memberi manfaat dan mencegah komuniti setempat daripada berkongsi maklumat secara berlebihan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: