Taklimat Advokasi : Penipuan Kewangan
23 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2022 (Selasa), PEDi Bekenu telah membuat video taklimat advokasi berkaitan penipuan kewangan. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai etika penggunaan internet secara positif di samping dapat memberi kesedaran mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan. Video taklimat ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Ekonomi Digital Bekenu dengan durasi video selama 2 minit 2 saat. Perkongsian video taklimat advokasi ini diharapkan dapat memberi manfaat dan mencegah komuniti setempat daripada menjadi mangsa penipuan kewangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: