Kursus Latihan Pengendali Makanan
20 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jun 2022, PEDi Bekenu telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang merupakan kolaborasi bersama Sekolah Latihan Pengendali Makanan, SLPM NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus ini bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan, PEDi Bekenu. Kursus ini telah disampaikan oleh Cik Nur Nadiah, tenaga pengajar dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan, SLPM NZ Bunga Venture Training & Consultant dengan menggunakan aplikasi Zoom. Seramai lima (5) peserta telah mengikuti kursus ini di mana semua peserta telah diberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan makanan serta tindakan yang patut diambil untuk mengawal faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat dan menambah ilmu pengetahuan kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: