Taklimat Advokasi: Maklumat Palsu
17 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 Ogos 2022 (Selasa), PEDi Bekenu telah membuat video taklimat advokasi berkaitan dengan maklumat palsu. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai etika penggunaan internet secara positif di samping dapat memberi kesedaran mengenai penyebaran maklumat palsu di media sosial. Video taklimat ini telah dimuat naik di laman Facebook PEDi Bekenu dengan durasi video selama 1 minit 30 saat. Perkongsian video taklimat advokasi ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: