Taklimat Advokasi : Buli Siber
15 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mei 2022 (Sabtu), PEDi Bekenu telah membuat video taklimat advokasi berkaitan buli siber. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai etika penggunaan internet secara positif di samping dapat memberi kesedaran mengenai langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber. Video taklimat ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Ekonomi Digital Bekenu dengan durasi video selama 1 minit 25 saat. Perkongsian video taklimat advokasi ini diharapkan dapat memberi manfaat dan mencegah komuniti setempat daripada menjadi mangsa buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: