Taklimat Advokasi : Buli Siber
20 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Disember 2021 (Ahad), PEDi Bekenu telah membuat video taklimat advokasi berkaitan buli siber. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai etika penggunaan internet secara positif di samping dapat memberi kesedaran mengenai kesan buruk perbuatan buli siber di media sosial. Video taklimat ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Ekonomi Digital Bekenu dengan durasi video selama 14 minit 9 saat. Perkongsian video taklimat advokasi ini diharapkan dapat memberi manfaat dan mencegah komuniti setempat daripada menjadi mangsa buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: