Taklimat Advokasi : Maklumat Palsu
25 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Oktober 2021 (Ahad), PIK Bekenu telah membuat video taklimat advokasi berkaitan maklumat palsu. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai etika penggunaan internet secara positif di samping dapat memberi kesedaran mengenai kesan buruk penyebaran maklumat palsu di media sosial. Video taklimat ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Bekenu dengan durasi video selama 7 minit 54 saat. Perkongsian video taklimat advokasi ini diharapkan dapat memberi manfaat dan mencegah komuniti setempat daripada melakukan penyebarkan maklumat palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: