Learn For Good 1.0 2021
25 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniAktiviti Learn For Good 1.0 2021 telah diadakan pada 24 Januari 2021 (Ahad) yang bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Bilik Latihan, PIK Bekenu. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memupuk minat semangat belajar dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi peserta dalam menyelesaikan masalah. Seramai dua (2) pelajar telah mengikuti aktiviti ini di mana semua peserta diberi pengenalan aktiviti dan aplikasi Funbrain dalam pembelajaran. Peserta dikehendaki menyelesaikan setiap permasalahan dengan menggunakan aplikasi Funbrain. Taklimat dan tayangan video KDB juga turut diselitkan di dalam kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: