Tutorial Membuat Logo Bisnes Dengan Canva
19 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2021 (Isnin), PIK Bekenu telah membuat satu tutorial ringkas mengenai cara-cara membuat logo bisnes dengan mudah. Tujuan utama video tutorial ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai aplikasi Canva yang boleh digunakan dalam membuat logo. Video tutorial ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Bekenu dengan durasi video selama 4 minit 21 saat. Perkongsian video tutorial ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: