Tutorial Mendaftar Akaun MySejahtera Untuk Premis Perniagaan
15 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2021 (Rabu), PIK Bekenu telah membuat satu tutorial ringkas mengenai cara-cara mendaftar akaun MySejahtera dengan mudah. Tujuan utama video tutorial ini adalah untuk membantu usahawan sekitar mendaftar akaun MySejahtera untuk premis perniagaan mereka. Video tutorial ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Bekenu dengan durasi video selama 5 minit 14 saat. Perkongsian video tutorial ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu para usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: