Kelas e-Kad Raya 2019
18 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPI Bekenu telah mengadakan Kelas e-Kad Raya 2019 pada 17 Mei 2019 (Jumaat) yang bermula pada pukul 1.30 petang sehingga 3.30 petang bertempat di Bilik Latihan, PI Bekenu. Tujuan utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi ICT terkini dengan mencipta kad raya menggunakan aplikasi Canva. Seramai 10 peserta telah mengikuti kelas ini di mana semua peserta telah diajar asas-asas cara menggunakan aplikasi Canva dengan betul dan mudah dalam mencipta kad raya. Taklimat dan tayangan video KDB juga turut diselitkan di dalam kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: