Kelas Pengenalan Multimedia
6 April 2019 | Aktiviti TerkiniPI Bekenu telah mengadakan Kelas Pengenalan Multimedia pada 05 April 2019 (Jumaat) yang bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang bertempat di Bilik Latihan, PI Bekenu. Tujuan utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas Multimedia dan etika penggunaan internet secara positif. Seramai empat (4) peserta telah mengikuti kelas ini di mana semua peserta telah diajar asas-asas cara menggunakan Multimedia dengan betul dan mudah. Taklimat dan tayangan video KDB juga turut diselitkan di dalam kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: