Program Hour of Code 2.0 2019
16 November 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Hour of Code 2.0 2019 telah diadakan pada 15 November 2019 yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Latihan, PI Bekenu. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat belajar dan pemikiran komputasional dalam kalangan pelajar. Seramai lima (5) pelajar telah mengikuti aktiviti ini di mana semua peserta telah diajar mengenai (coding) dan asas sains komputer dengan cara yang menyeronokkan. Peserta dikehendaki menyelesaikan masalah pada setiap peringkat dengan menggunakan aplikasi Hour of Code. Taklimat advokasi: Oversharing turut diselitkan dalam aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: