Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) bersama Komuniti 2018, Miri
24 September 2018 | Aktiviti TerkiniBengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) bersama Komuniti 2018, Miri telah diadakan selama tiga (3) pada 21 – 23 September 2018 yang bertempat di Jinhold Hotel & Serviced Apartment. Tujuan program adalah untuk mendedahkan sukarelawan untuk membantu pelbagai komuniti di kawasan yang dikenal pasti dalam kerja-kerja yang memberi tumpuan kepada penggunaan alat ICT dan pembangunan ICT dalam komuniti setempat.
Seramai empat (4) sukarelawan dari PI Bekenu telah mengikut bengkel ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah taklimat MIV, e-bayaran, Pos Malaysia, kemahiran insaniah, fotografi dan videografi, social media marketing dan explorace / team building.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: